Tampalan sewarna Gigi: Dr Nik

Bahan tampalan sewarna gigi atau bahan tampalan berwarna putih lebih dikenali sebagai tampalan komposit. Ia adalah gabungan beberapa bahan dan ia  boleh didapati dalam berbagai rona putih.  Koleksi variasi warna putih ini menjadikan ia bahan tampalan yang paling popular untuk mendapatkan hasil tampalan yang cantik bukan sahaja pada gigi hadapan malah pada gigi belakang juga.

Prosedur rawatan tampalan menggunakan komposit tidaklah sukar cuma ia memerlukan lebih banyak masa berbanding tampalan dengan bahan tampalan lain. Selain dari itu , bahan tampalan ini tidak memerlukan banyak lapisan gigi dibuang. Tampalan komposit melekat dengan permukaan gigi asal menggunakan bahan pelekat khas (adhesive material).

Tampalan baru komposit yang lebih cantik
Veneer komposit untuk mencantikkan gigi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disebabkan sifatnya yang versatil , komposit bukan hanya digunakan untuk menampal gigi yang berlubang. Ia juga digunakan untuk mencantikkan gigi. Rawatan ini di panggil veneer gigi. Dalam prosedur ini, bahan tampalan komposit di tambah pada permukaan gigi dan dibentuk untuk mendapatkan bentuk dan permukaan gigi yang lebih cantik.

Jadi, tunggu apa lagi? Sekiranya anda mempunyai gigi yang berlubang atau mempunyai tampalan yang tak sewarna gigi atau mahu mencantikkan gigi, sila hubungi klinik kami untuk mendapatkan temujanji rawatan atau boleh e-mail saya di nik@drfauziah.com untuk sebarang pertanyaan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *