Kini anda tidak perlu fobia dengan doktor gigi lagi: Dr Mawarni

Sebagai seorang doktor gigi, adalah senario biasa apabila kami berhadapan dengan pesakit yang sangat takut untuk menerima rawatan.

Faktor-faktor seperti sejarah rawatan yang kurang menyenangkan (traumatic childhood experience), bunyi peralatan ketika rawatan dan takut sakit adalah antara punca utama kebanyakan individu fobia dengan kami.

Jadi bagi saya, tugas sebagai doktor gigi bukanlah hanya merawat fizikal gigi sahaja, tapi kami perlu mahir dengan ‘soft or interpersonal skills’. Kadang-kadang saya rasa, saya seperti kaunselor atau psychiatrist. Kami perlu merawat ‘mindset’ pesakit dan perlu mempunyai ‘human touch’.

Apabila seseorang mengelak untuk datang membuat rawatan gigi, ianya adalah merugikan diri mereka sendiri. Sebagai contoh, kebiasaan orang yang sangat takut hanya berjumpa doktor gigi apabila terpaksa iaitu waktu gigi sakit.

Seperti yang kita sedia maklum, dalam apa jua bidang, mencegah sesuatu adalah lebih baik daripada mengubati.

Apabila terdapat simptom sakit atau bengkak, pada kebanyakan keadaan, diagnosis penyakit sudah di tahap serius dan rawatan yang lebih rumit perlu dilaksanakan.

Ini bermakna, pesakit perlu menghabiskan sejumlah wang yang lebih banyak berbanding rawatan pencegahan sahaja seperti scaling dan check up.

Puan Ani adalah salah seorang pesakit saya yang amat takut untuk mendapatkan rawatan pergigian. Beliau datang berjumpa saya apabila sudah tidak mampu menahan sakit kerana gigi berlubang.

Anak Puan Ani, Umar yang mengesyorkan supaya datang ke klinik kami. Umar telah sekian lama menjadi pesakit kami.

Setelah selesai check up, Puan Ani perlukan bermacam rawatan. Hal ini, disebabkan beliau sudah sangat lama tidak mendapatkan rawatan pergigian.

Disebabkan terlalu takut berjumpa doktor gigi, Puan Ani lebih sanggup tidak melakukan apa-apa untuk menggantikan gigi depannya yang tiada untuk sekian masa yang lama.

Saya sangat kasihan dengan nasib Puan Ani. Oleh itu, saya akan sedaya upaya melaksanakan rawatan dengan selembut dan seselesa mungkin agar pesakit yang fobia sepertinya akan kembali untuk menghabiskan rawatan mereka.

Saya memberikan suntikan bius yang tidak menyakitkan kepada Puan Ani dan memberikan servis yang sebaik mungkin kepadanya.

Selepas daripada hari tersebut, beliau sudah dapat melawan perasaan takut dan berubah persepsi tentang rawatan pergigian.

Puan Ani dapat menghabiskan segala rawatan yang saya syorkan padanya.

Akhirnya, Puan Ani beroleh kudrat untuk menjalani semua rawatan yang dicadangkan kepada beliau. Tahniah! Senyumannya kelihatan lebih cantik dan beliau nampak lebih muda dan yakin =)

Alhamdulillah, saya sangat gembira apabila melihat perubahan positif pesakit fobia seperti Puan Ani. Ianya adalah suatu pencapaian yang bermakna buat saya sebagai seorang doktor gigi.

Kepada pesakit yang masih sangat takut berjumpa doktor gigi, cubalah buat rawatan dengan kami. Percayalah, ianya tidaklah seseram seperti apa yang anda sangkakan.

Setiap individu di klinik kami dilayan seperti ahli keluarga kami sendiri. Kami hanya memikirkan yang terbaik untuk pesakit dan menatang mereka bagaikan minyak yang penuh =).

Dengan kelebihan doktor kami yang berpengalaman dalam ‘soft skills and human touch’, kami yakin setiap pesakit akan mendapat pengalaman yang lebih baik sekaligus dapat melawan perasaaan takut mereka.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang apa sahaja berkenaan rawatan pergigian, bolehlah email saya di mawarni@drfauziah.com . Saya sedia membantu. =)

Yang ikhlas; Dr. Mawarni



2
Leave a Reply

avatar
1 Comment threads
1 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
2 Comment authors
Klinik Pergigian Fauziahfatin nabilah Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of
fatin nabilah
Guest
fatin nabilah

hai kalau saya nak cabut gigi saya yg berlubang berapa ye ?