Gigi patah!: Dr Nik

Perkara yang tak terduga boleh berlaku dalam sekelip mata dan ini kadang kala akan membuat kita panik. Sepanjang kerjaya saya sebagai doktor gigi, perkara tak terduga berkaitan gigi yang paling membuat pesakit saya panik ialah apabila gigi mereka patah! Ya, terutama bila ia berlaku kepada gigi hadapan.

Keadaan akan menjadi lebih panik dan terdesak sekiranya pesakit terpaksa berdepan atau berhubung dengan orang ramai dalan hehidupan seharian mereka.

Apakah ada jalan penyelesaian segera untuk masalah ini? Sudah tentu! Untuk keadaan gigi yang patah separuh, biasanya tampalan komposit atau tampalan sewarna gigi adalah jawapannya. Rawatan ini agak ringkas dan senang tetapi kadangkala memerlukan masa yang lebih lama berbanding tampalan biasa kerana doktor perlu memastikan warna gigi adalah sekata selepas rawatan tampalan dilakukan. Saya pasti ramai yang sedia maklum tentang rawatan ini kan?

Tampalan gigi hadapan yang patah selepas pesakit terjatuh.

Persoalan yang lebih besar dan membelenggu pesakit adalah apabila gigi benar benar patah dan cuma akar gigi yang tertinggal!

Apakah doktor masih boleh membuat tampalan pada gigi begini? Bagaimana pula sekiranya gigi tidak boleh ditampal dan perlu dicabut? Bolehkah gigi tersebut diganti serta merta?

Untuk gigi yang benar benar patah, dukacita saya maklumkan bahawa gigi tersebut biasanya perlu dicabut. Tetapi jangan bimbang, kami ada jalan penyelesaian serta merta untuk menggantikan gigi tersebut.

Gigi palsu? Bukan…gigi palsu akan memerlukan masa sekurang kurangnya 4 hari untuk disiapkan. Rawatan yang saya ingin kongsi disini ialah rawatan Fiber Reinforced Composite Bridge.

Ia adalah rawatan yang akan menggantikan gigi secara tetap (melekat dan tidak perlu dikeluarkan seperti gigi palsu) dan rawatan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Pesakit pastinya akan pulang dengan gigi yang patah dan dicabut tadi sudah diganti.

Rawatan fiber reinforced composite bridge selepas gigi yang bertampal besar dan patah secara tiba-tiba.

Fiber reinforced composite bridge boleh bertahan selama beberapa tahun sahaja. Rawatan yang lebih kekal seperti porcelin bridge atau implan biasanya akan disarankan.

Jadi, tidak perlu bimbang dan panik sekiranya gigi anda tiba tiba patah, datanglah ke klinik kami dan kami akan pastikan yang anda pulang dengan gigi yang sempurna dan senyuman yang memikat.

nik@drfauziah.com



Leave a Reply

avatar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
Notify of